Tarian Dangkung adalah adunan tarian asli Orang Laut dan tarian Melayu yang dipengaruhi kesenian orang Portugis di Melaka. Tarian ini berkembang dalam kalangan masyarakat nelayan Melayu di Kepulauan Riau yang kemudiannya diterima masyarakat umum. Tarian ini menggambarkan budaya masyarakat asli dengan kehidupan di laut, dan berkembang pesat pada tahun-tahun 1960an.
Asal namanya joget kemudian dikenali sebagai Joget Dangkung mengambil sempena alat muzik gendang yang berbunyi “dang†dan gong yang berbunyi “kungâ€. Tarian ini menggabungkan persembahan tarian oleh empat sehingga lapan orang penari wanita, iringan muzik oleh tiga orang pemuzik lelaki dan nyanyian seorang penyanyi.
Di awalnya ia hanya ditarikan oleh masyarakat Kuala di Kampung Kuala Benut, Johor, namun lama-kelamaan disebar ke kawasan komuniti hasil minat penduduk kampung terhadap tarian ini. Bentuk tarian ini berubah ke bentuk tarian joget Melayu apabila orang Kuala bercampur dengan masyarakat Melayu dan menerima pengaruh budaya dan adat Melayu.
Tarian ini memaparkan gerak tangan yang lemah gemalai dan kaki yang perlahan mengikut rentak tabuhan gendang serta alunan irama biola. Alat muziknya terdiri daripada gendang, gong dan biola, namun selepas tahun 1963 alat muzik akordian dan gitar ditambah. Kostum penari wanita ialah batik dan mereka bersanggul serta mengenakan selendang yang sedondon dengan pakaian.
Ketua Masyarakat Orang Asli
(The Orang Asli Community Head)
Kampung Kuala Benut, Johor
Tel: +6014-2744803