Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SAVITHRI A/P VELAITHAN

Berasal dari Labu, Negeri Sembilan. Savithri A/P Velaithan dilahirkan pada 21 Julai 1960. Bapanya ‘Isai Kurusil’ En Velaiyutan PKJK merupakan seorang pemain harmonium yang terkenal di semenanjung Malaysia. 

 

Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang tarian di Sekolah Tanjai Kamala Indira Natya, sebuah sekolah tarian terkenal di Kuala Lumpur pada tahun 1989, dan mendapat Ijazah terawalnya dalam Baratahnatyam pada tahun 1994. Hasil bimbingan daripada Puan Kamala Ramachandran, beliau telah dianugerahkan gelaran ‘Naatya Kalaimani’ oleh Dato’ K Patmanabhan DSNS.

 

Keinginan dan minat mendalam dalam bidang tarian tidak pernah berhenti, beliau turut mendapat didikan daripada bapa saudaranya sendiri iaitu V. Mathaven seorang seniman di Temple of Fine Arts, dan Dr Amirtha Dewi Skathevan (Seni Nattuvangam)

 

Selain tarian klasik dan rakyat india, beliau juga mahir dalam tarian tradisional Melayu seperti joget, asli, inang dan zapin.

 

Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Artistik di Uniques Art Culture & Heritage Negeri Sembilan (UACHN). Di UACHB, Savithri A/P Velaithan telah mengajar pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India, Punjabi, Korea, Rusia dan Indonesia. Antara anugerah dan pencapaian beliau ialah:

 

  • Jurulatih Seni Budaya Negara Tahap 4 (2003)
  • Fasilitator Jurulatih Seni Budaya Negara (2009)
  • Anugerah Barata Kala Ratna daripada Persatuan Seni Budaya Negeri Sembilan
  • Fasilitator International Dance Festival di Sarawak (2010)
  • Anugerah Karyawan Seni Budaya 2016 daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan.


SAVITHRI A/P VELAITHAN

Uniques Art Culture & Heritage Negeri Sembilan

167, Tingkat 1, Jalan 5,

Pusat Komersial Saujana,

Plaza S2 Heights,

70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768