Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

HARON BIN MANSOR

Haron Bin Mansor dilahirkan pada 31 Oktober 1955 di Kg. Kundur Tengah Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.

 

Beliau menubuhkan Persatuan Gasing Felda Palong 3 pada tahun 1999 dengan nama Persatuan Gasing Daerah Jempol (PGDJ). Persatuan ini telah mewakili Negeri Sembilan dalam menyertai Kejohanan Gasing Peringkat Kebangsaan.

 

Beliau merupakan Setiausaha kepada Persatuan Semua Gasing Negeri Sembilan (PESAGA) yang ditubuhkan pada tahun 2000 (2000 hingga sekarang).

 

Beliau telah dilantik sebagai Pengadil Gasing Malaysia (Gred 2) pada tahun 2007 dan dinaikkan ke Pengadil Gasing Malaysia (Gred 1) pada tahun 2010, dan seterusnya sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal dalam Persatuan Pengadil Gasing Malaysia.

 

Pada tahun 2007-2013, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih dalam pembuatan gasing pangkah. Beliau juga merupakan Fasilitator Bidang Gasing dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) pada tahun 2012 - 2014 di bawah Program Bimbingan Seni Budaya.  Sebagai JSBN, beliau telah melatih 6 buah sekolah (Kumpulan Giat Budaya) dan 6 buah sekolah (Kumpulan Tunas Budaya).

 

Beliau juga pernah menerima undangan untuk mengadakan demonstrasi permainan gasing di RTM, ASTRO, TV9 serta beberapa Kompleks Beli-Belah.


HARON BIN MANSOR

No. 211, Felda Palong 3,

73460 Gemas,

Negeri Sembilan Darul Khusus

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768