Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN ETNIK BABA NYONYA: JOGET TRILA-TRILA

Etnik minoriti Baba Nyonya telah wujud di Negeri Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Etnik unik ini lahir daripada perkahwinan antara pedagang Cina dan masyarakat Melayu tempatan. Etnik ini memiliki dua budaya warisan iaitu tradisi Cina dan tradisi Melayu.

 

Joget Trila-Trila hanya ditarikan oleh kaum perempuan yang dipanggil 'Nyonya' dalam kumpulan enam sehingga lapan orang. Lagunya berentak agak rancak dan berbeza dengan lagu-lagu lain etnik ini yang berentak keroncong. Namun, pergerakan dalam tarian ini masih mengekalkan kesopanan dan kesantunan wanita Baba Nyonya.

 

Prop tarian ini dipanggil 'bimpo' bermaksud saputangan, biasanya diperbuat daripada kain organza untuk persembahan sahaja. 'Bimpo' diikat sedikit di hujung jari bertujuan supaya 'bimpo' tidak tercicir semasa menari.


Badan Kesenian Baba Nyonya Melaka & Persatuan Peranakan Cina Melaka

Badan Kesenian Baba Nyonya Melaka

No. 9594,

KM 11 Bukit Rambai

75250 Melaka

Tel:   016-3141708 

 

Persatuan Peranakan Cina Melaka

(The Melaka Chinese Peranakan Association)

151 Jalan Tun Tan Cheng Lock

75200 Melaka

Tel:  06- 2837215 


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768