Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN ETNIK BABA NYONYA: BAKUL SIA

Tarian Bakul Sia adalah tarian kebudayaan masyarakat Baba Nyonya yang menggunakan bakul jenis ini sebagai prop, dipegang oleh para penari perempuan yang dipanggil Nyonya dalam kumpulan enam hingga lapan orang.

 

Bakul Sia diperbuat daripada buluh lembut yang dibalut dengan kertas tebal. Hiasannya biasanya lukisan bermotifkan bunga atau kerawang berlatarkan budaya masyarakat Cina atau Baba Nyonya. Bakul ini adalah bekas untuk mengisi makanan, juga turut digunakan sebagai bekas untuk hantaran perkahwinan.

 

Muzik tarian ini berirama keroncong sesuai dengan gerak tarinya yang memaparkan kelembutan dan kesopanan kaum wanita Baba Nyonya.


Badan Kesenian Baba Nyonya Melaka & Persatuan Peranakan Cina Melaka

Badan Kesenian Baba Nyonya Melaka

No. 9594,

KM 11 Bukit Rambai

75250 Melaka

Tel:   016-3141708 

 

Persatuan Peranakan Cina Melaka

(The Melaka Chinese Peranakan Association)

151 Jalan Tun Tan Cheng Lock

75200 Melaka

Tel:  06- 2837215


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768