Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

AMIL BIN SENAPI

Amil bin Senapi dilahirkan pada 03 September 1949 di Kampung Bohor Janggus, Bintong, Perlis. Berkahwin dengan Ramlah binti the pada tahun 1979 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Berpendidikan sehingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Bintong.

Mula belajar alat muzik biola sejak berumur 22 tahun degan bapa saudaranya iaitu Mat bin Ismail. Kemudian beliau belajar bermain alat muzik seperti gendang, serunai dan akordian daripada Joned bin Ali.

Beliau merupakan Ketua Kumpulan Gendang Terinai Seri Budaya yang beralamat di Kampung Tok Kuning, Kangar. Kumpulan ini satu-satunya kumpulan yang dijemput untuk mengiringi keberangkatan tiba DYMM Tuanku Raja Perlis semasa berangkat ke Majlis Penganugerahan Pingat di Istana Arau setiap tahun sejak 1970an lagi sehingga kini. Beliau juga dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena ulang tahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis pada tahun 2014.

Selain bermain gendang terinai, Encik Amil juga berkebolehan dalam permainan Hadrah, Muzik Asli, Alu Bunyi dan Beduan. Sehingga sekarang beliau dan keluarganya menetap di Kampung Tok Kuning, Mukim Kayang Kangar, Perlis.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768