Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

REJAB BIN ISMAIL

Rejab bin Ismail atau lebih dikenali dengan Rejab F.I dilahirkan pada 12 September 1941 di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis. Berpendidikan sekolah melayu dalam zaman pemerintahan Inggeris di Sekolah Melayu Santan sehingga lulus darjah V dan menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Paya dalam darjah VI dan melajutkan pelajaran darjah VII atau 6 khas di Sekolah Melayu Kangar. Kemudian beliau menjawat jawatan sebagai guru pada tahun 1956. Beliau telah diterima melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pelajar Pengajian Luar Kampus pada tahun 1975, dan menyambung pelajaran secara sepenuh masa pada tahun 1979 di univesiti  yang sama dan menerima Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian.

Berkahwin pada tahun 1964, ketika berumur 23 tahun dengan Fatimah binti Taha yang berusia 20 tahun ketika itu, dan dikurniakan tiga (3) orang cahaya mata lelaki. Huruf ‘F’ pada Rejab F.I adalah sempena nama isteri beliau. Beliau

Beliau meminati cerita-cerita rakyat semenjak kecil lagi. Ibu beliau sentiasa bercerita  cerita rakyat kepada beliau sehingga menimbulkan rasa minat beliau kepada cerita-cerita rakyat.

Beliau mula menulis pada tahun 1960 dan banyak menghasilkan karya dalam pelbagai genre, penulisan iaitu puisi, cerpen, novel (dewasa, remaja, dan kanak-kanak), skrip drama (radio,pentas,dan television), sastera rakyat atau klasik, rencana sastera, kebudayaan dan kemasyarakatan. Kebanyakan cerita rakyat yang ditulis oleh beliau adalah berdasarkan daripada tukang cerita atau Penglipur Lara Selampit atau Awang Batil.

Karya pertama beliau merupakan sebuah cerpen berjudul “Kasih di Sinar Bulan” disiarkan dalam akhbar Utusan Filem dan Sport (terbitan Utusan Melayu) pada 30 Ogos 1960. Puisi pertama beliau yang berjudul “Untuk Perwira” telah disiarkan dalam Akhbar Warta Mingguan pada 4 Disember 1960. Sehingga kini (2020), beliau telah menghasilkan lebih 1000 judul karya kreatif dalam pelbagai genre.

Sebagai menghargai perjuangan beliau dalam memartabatkan seni penulisan di Negeri Perlis, beliau telah dipilih sebagai Tokoh Budaya GAPENA 2008. Tokoh Penulis Perlis 2001, Penggiat Seni Negeri Perlis 2002 dan Pendokong Seni Negeri Perlis 2015.


Rejab bin Ismail

KM.3, Tanjung Gorah, Repoh,

01000, Kangar, Perlis.


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768