Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KUIH QASIDAH

Kuih Qasidah atau juga dikenali kuih hasidah merupakan kuih tradisi yang lemak dan manis serta kaya dengan haruman bawang goreng. Kuih tradisional klasik ini popular di Negeri Kedah. Terdapat (2) dua versi kuih qasidah iaitu, versi sebelah Utara dan satu lagi sebelah Pantai Timur. Berbentuk seakan-akan seperti kuih talam tekstur kuih ini lembut dan gabungan rasa bawang goreng memberikan rasa sensasi yang sangat unik.

 

Untuk membuat kuih ini, bawang kecil dihiris nipis dan digoreng. Bahan-bahan seperti tepung beras, gula dan air kemudian akan dikacau atas api sehingga pekat dan meletup-letup kecil. Proses mengacau dilakukan tanpa henti di atas api kecil supaya tidak berketul dan hangus. Kemudian adunan yang dimasak ini di masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan bawang goreng ditabur diatas kuih beserta sedikit lebihan minyak bawang. Kuih dibiarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

 

Kuih ini amat sinonim dengan bulan puasa dan seringkali menjadi pilihan masyarakat pada waktu berbuka. Namun ia boleh juga dihidangkan pada bila-bila masa seperti semasa minum petang bersama kopi atau teh panas. Memang sangat sesuai.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah

Kompleks JKKN Kedah
Lot PTD 400
05250 Alor Setar, Kedah

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768