Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KAMIL BIN SALEM

Kamil Salem atau lebih dikenali sebagai Dr. Kamil memiliki pengalaman selama lebih dari 30 tahun dalam industri  seni muzik, grafik, periklanan, penyiaran dan reka bentuk. Beliau telah menulis lebih 20 buku dan beberapa buah jurnal dan artikel berkaitan tentang seni dan budaya. Antara buku hasil penulisan Dr. Kamil yang sangat terkenal dan menjadi bahan rujukan terutama golongan penyelidik universiti dan peminat seni tanah air ialah buku bertajuk Sarbanun Marican, Biduanita Terulung Sarawak. Dr. Kamil juga merupakan seorang komposer dan pencipta lagu yang agak terkenal dan amat disegani ramai. Dr. Kamil juga pernah menjadi artis rakaman dan pernah menyertai sebuah kumpulan muzik mewakili anak jati Sarawak dalam pertandingan Bintang RTM 1978 iaitu kumpulan The Crescendos. Banyak pertandingan nyanyian yang telah dimenangi. Beliau juga mempunyai bakat dalam penulisan drama tv dan radio dan iklan-iklan di radio. Penglibatan beliau dalam dunia komersial radio bermula sejak tahun 1991 sehingga kini.
 
Figura ini pernah menghasilkan beberapa dokumentari radio dan televisyen, antaranya 'Peryatim Corporate Video' (2013), Dance Tutorial Video (4 Series), Kementerian Sosial Sarawak (2013), Land Custody Development Corporation Corporate Video, Lcda (2013), STIDC Corporat Video (2012), Resident Office Mukah Corporate Video, Club Asia, Sedc, Sara Convention, Investment Opportunities In Sarawak, Sarawak State Government, Kuching The Gateway To Sarawak Experience, Sarawak Tourism Board dan banyak lagi. Selain itu, Dr. Kamil seringkali dijemput untuk menyampaikan ceramah dan menjadi fasilator. Malahan belia juga telah mengadakan pelbagai kursus fotografi dan videografi, berkongsi tip dan pengetahuan.
 
Dr Kamil Salem telah melancarkan lagu yang bertajuk Tawanan Waktu melalui saluran media YouTube pada hujung tahun 2017. Lagu tersebut merupakan kolaborasi beliau Mohd Yusof Ahmad atau lebih dikenali sebagai Usop Kopratasa. Bekas anggota Kumpulan The Crescendos itu pernah menjuarai Bintang RTM pada tahun 1978 dan terus menyinar dalam bidang nyanyian dan muzik sehingga kini. Pada 4 November 2020, Dr. Kamil Salem telah menerima Anugerah Tokoh Kenyalan Emas sempena Majlis Anugerah Emas sempena Anugerah Seniman Muzik Sarawak 2020 daripada kerajaan Negeri Sarawak.




Artikel Berkaitan

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768