Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MUHAMAD BIN YUNUS

Muhamad bin Yunus atau dikenali sebagai Tok Mat Gendan. Beliau yang berumur 56 tahun (tahun 2021) ini mulai aktif dalam bidang seni semenjak tahun 2004. Beliau merupakan pemuzik Gendang Pahang, tenaga pengajar, penyelidik dan penulis buku berkaitan Gendang Pahang. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Kebudayaan Daerah Jerantut semenjak tahun 2018 hingga kini dan juga berperanan sebagai Ahli Majlis Kebudayaan negeri Pahang sejak tahun 2019 lagi.


Antara sumbangan beliau ialah:


2005 - 2013 - Pengasas Kumpulan Muzik Tradisional Cincin Belah Rotan.


2017 - Penulis buku Mencari Jejak Yang Hilang (Sejarah dan Teknikal berkaitan Gendang Pahang) terbitan Perbadanan Perpustakaan negeri Pahang. 


2017-2020 - Membina silibus Gendang Pahang (silibus lengkap pembelajaran di sekolah seluruh Malaysia) untuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).


2018 -  Jurulatih Bengkel Muzik Tradisional negeri Pahang anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang.


2018 - Mengasas Orkestra Gendang Pahang iaitu gabungan kumpulan muzik Gendang Pahang dalam Persatuan Seni Tradisi Gendang Pahang.


2018 & 2019 - Jurulatih Program 1IPT 1Produk anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang 


2019 - Rakaman runut bunyi (soundtrack) 10 buah lagu Gendang Pahang untuk Galeri Seni Muzium Pahang.


2019 - Pengerusi Persatuan Seni Tradisi Gendang Pahang (PSTGP).


2019 - Penyelaras dan peserta Program Malaysia Books of Record (MBOR) Permainan Gendang Pahang 37 jam tanpa henti kelolaan PESAKA Pahang. 


2019-2021 - Penyelidik Muzium negeri Pahang dan penulis buku Mencari Jejak Yang Hilang 2 (Kajian Antropologi Budaya Tradisi Melayu Pahang) terbitan Muzium negeri Pahang.


2020 - Mendokumentasikan 18 buah Lagu Gendang Pahang (Tradisi dan Kontemporari) secara runut bunyi digital, dan piring hitam untuk Muzium Pahang.


2020 - Penyelidik Kajian 10 Laluan Purba di Tanah Melayu Jabatan Arkib Negara, Pahang.

MUHAMAD BIN YUNUS

d/a Pejabat Felda Wilayah Jengka,

26400 Bandar Jengka,

PAHANG DARUL MAKMUR         

Tel : 013-984 2151           

E-mel: [email protected]

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768