Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TUAN HAJI OSMAN BIN LIMAT

Tuan Haji Osman bin Limat dilahirkan pada 9 Mei 1948 di Kampung Dusun Buah Duku, Kersang, Muar, Johor. Beliau mula berhijrah dan menetap di Kuantan semenjak tahun 1966.  Beliau amat aktif bersukan dan pernah mewakili pasukan Lumba Basikal negeri Pahang sebagai pelumba dan jurulatih negeri dan Malaysia dari tahun 1970  hingga tahun 1988.  Beliau juga aktif dalam bidang seni lukis semenjak tahun 1963 lagi. Mendapat pendidikan Kursus Gaya Pos Model I dan II di Nanyang Academy of Fine Art, Singapura. Banyak anugerah yang telah beliau terima sejak 1967 hingga 2019 di dalam dan luar negeri. 


Tuan Haji Osman terlibat menyertai banyak pameran berkumpulan bersama Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Melayu negeri Pahang (SENIKA) di peringkat negeri dan kebangsaan. Namanya memang dikenali dan merupakan  orang lama yang masih gigih berkarya.


Antara sumbangan dan pencapaian beliau ialah:


1964 - Tempat pertama kategori 'Lukisan Pemandangan Alam' di

             Nanyang Academy of Fine Art, Singapura.

1966 - Tempat kedua kategori 'Lukisan Potret' di Nanyang Academy 

             of Fine Art, Singapura.

1970 - Tempat pertama sempena Hari Belia Kebangsaan Peringkat 

            negeri Pahang.

1994 - Mengadakan pameran lukisan di Art Igiano in Fiera di Milan,

            Itali.

2000 - Pameran berkumpulan di Istana Majmun, Medan, Sumatera,

            Indonesia.

2001 - Pameran berkumpulan di Banda Acheh, Sumatera Utara.        

2002 - Tempat pertama kategori ‘Sungai Kuantan, Helang, Siput dan 

            Bakau' di Kuantan, Pahang.

2005 - Tempat pertama dalam Pertandingan Lukisan 'Visi Melaka 

             2010'

2006 - Tempat pertama dalam 'Lukisan Pesta Air Kebangsaan'.

            Tempat kedua dalam 'Lukisan Warisan Terengganu'.

2007 - Tempat pertama dalam 'Lukisan Warisan Terengganu' 

2010 - Saguhati dalam lukisan 'Citra Terengganu'

2014 - Tempat ke-3 dalam lukisan 'Main Congkak Tradisional

            Terengganu' 

2019 - Tempat ke-3 Pertandingan Lukisan Kategori Terbuka di

             Menara 188, Kuantan.


Kini beliau masih bergiat aktif menghasilkan karya lukisan di Galeri Rajawali di Taman Cenderawasih Kuantan, Pahang.

TUAN HAJI OSMAN BIN LIMAT

Block A, Tingkat 6-17, 

Feek Pak Mahat, Kempadang,

26000, Kuantan, Pahang

Tel: 016-6368438

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768