Pesta Kalimaran merupakan Pesta Kebudayaan bagi sukuk aum Murut di negeri Sabah. Pesta ini biasanya disambut pada 31 Mac setiap tahun di Pusat Kebudayaan Murut Tenom, Sabah.
Pesta Kalimaran merupakan pesta yang memaparkan tentang kebudayaan suku kaum Murut dari pelbagai aspek seni dan budaya.
Pesta Kalimaran telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan negeri Sabah pada tahun 2003 dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom dan Kerajaan Persekutuan.
Pesta Kalimaran juga bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke daerah Tenom dan melihat sendiri kebudayaan dan kepelbagaian kraftangan hasil tangan daripada suku kaum Murut. Selain itu, terdapat juga pelbagai masakan tradisi dan persembahan tarian tradisional suku kaum Murut.
Tempat Pelaksanaan : Tenom, Sabah.
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 & 34, Menara TH Perdana,
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2614 8200
E-mel: [email protected]