Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA (MaTiC)

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) salah satu bahagian di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), terletak di dalam sebuah bangunan yang merupakan satu mercu tanda bersejarah dan hasil senibina yang terkemuka di Kuala Lumpur. Bangunan utama Kompleks ini didirikan pada tahun 1935 sebagai kediaman seorang jutawan perusahaan lombong dan ladang yang bernama Eu Tong Seng. Seperti juga bangunan-bangunan yang lain pada masa itu, bentuk rekaannya banyak menunjukkan ciri-ciri pengaruh senibina kolonial.


Dewan ini dinamakan Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


MaTiC dibuka kepada orang ramai pada pertengahan bulan Ogos 1989 dan merupakan satu pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi para pelancong. Selain dari membantu mereka merancang lawatan di Malaysia, ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikamati segala daya tarikan Malaysia melalui beberapa pementasan dan demonstrasi pelbagai aspek kebudayaan Malaysia. Pada 16 Februari 2001, nama kompleks ini telah ditukarkan kepada Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourism Centre (MaTiC).


Kemudahan Ruangan:

  1.     1.     Dewan Tunku AbduL Rahman – RM 400.00 (sejam), RM 1,500.00 (sejam), RM 3,000.00 (sehari)
  2.     2     Amphitheatre - RM 150.00 (sejam)
  3.     3     Dewan Mini Auditorium – RM 150.00 (sejam), RM 600.00 (sejam), RM 1,100.00 (sehari)
  4.     4.    Studio Latihan – RM 30.00 (sejam)
  5.     5     Bilik Audio Visual – RM 150.00 (sejam)
  6.     6.    Lanai MaTiC – RM 210.00 (sejam), RM 840.00 (sejam), RM 1,680.00 (sehari)


Lain-lain Perkhidmatan / Kemudahan: 

  1.     1.     Kaunter Polis Pelancong
  2.     2.    Zon Internet Percuma
  3.     3.    Malaysian Travel Business
  4.     4.    Pengurup Wang
  5.     5.    Persembahan Kebudayaan
  6.     6.    Gelanggang Gasinga
  7.     7.    Kedai Karyaneka
  8.     8.    Harriston Chocolate Boutique
  9.     9.    Mike Bikes
  10.     10.   Kaunter Hop on Hop Off
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

109, Jalan Ampang,

50450, Kuala Lumpur,

Malaysia.

Tel: 03 9235 4800 / 4900

Faks: 03 2162 1149

E-Mel: [email protected]

Laman Web: http://www.matic.gov.my


Waktu Operasi Pejabat

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi - 6.00 petang


Waktu Operasi Kaunter Maklumat Pelancongan:

Isnin hingga Jumaat 

9.00 pagi - 4.00 petang


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768