Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

PARAM

Param ialah sejenis bahan sapuan yang digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai amalan penjagaan ibu selepas bersalin. Pemakaian param bertujuan untuk mengekalkan kehangatan badan, menjaga kecantikan luaran kulit, mengekalkan kelangsingan, mengeluarkan angin dan memberi kesegaran badan.


Param adalah campuran pelbagai jenis herba dan beras yang dikisar, kemudian dibentuk menjadi ketulan kecil dan dijemur sehingga kering. Param dihancurkan, dicampurkan dengan sedikit air dan disapukan ke seluruh bahagian badan kecuali bahagian payu dara. Pemakaian param diamalkan dua kali sehari selepas mandi semasa tempoh berpantang selama 44 hari.


Pada asasnya, ramuan param terdiri daripada 5-9 bahan antaranya ialah rempah ratus dan herba. Antara rempah ratus yang digunakan ialah jintan putih (Cuminum cyminum), jintan manis (Pimpinella anisum) dan lada hitam (Piper nigrum) manakala herba seperti halia bara (Zingiber officinale), kunyit (Curcuma longa), jerangau (Acorus calamus) cekur (Kaempferia galangal), dan beras. Beras yang digunakan ialah beras yang direndam terlebih dahulu sehingga hancur atau beras yang dikisar halus. Beras berperanan untuk mencantikkan kulit. Campuran beras juga membolehkan param dibentuk menjadi ketulan. 



SUMBER/ PENULIS: Pasukan Penyelidikan Pengetahuan Tradisi, FRIM (Dr Nik Musa'adah Mustapha)


PENAFIAN: Artikel ini merupakan sebahagian daripada usaha mendokumentasikan perubatan tradisional dan penggunaan tumbuhan ubatan dalam kalangan masyarakat Melayu dan orang asli. Artikel ini bukan pengesahan tumbuhan dan cara penggunaan sebagai preskripsi untuk merawat sebarang penyakit. Tiada sebarang kajian saintifik dijalankan untuk mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya dan juga kesahihan preskripsi yang direkodkan. Pembaca dan pengguna digalakkan untuk merujuk pegawai perubatan dan pengamal perubatan tradisional yang berdaftar sebelum menggunakan tumbuhan ubatan untuk melegakan sebarang simptom atau keadaan kesihatan. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang penggunaan tumbuhan ubatan atau kesan sampingan yang memudaratkan pengguna.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

52109 Kepong, Selangor
Tel: +603-6279 7000
e-mel: [email protected]

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768