Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BERENDOI

Berendoi adalah acara dalam masyarakat Melayu ketika upacara bercukur rambut atau jambul bagi bayi yang berusia sekurang-kurangnya tujuh hari. Berendoi bermaksud membuai atau menghayunkan buaian yang berisi bayi yang telah dicukur rambutnya. Acara ini diiringi nyanyian dengan lirik-lirik memuji Nabi Muhammad s.a.w. dan juga berupa nasihat. Kumpulan nyanyian ini terdiri daripada sekurang-kurangnya empat orang wanita atau lelaki. Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Kumpulan Naim Hawa terkenal dalam mempersembahkan lagu-lagu Berendoi termasuk lagu-lagu aktiviti keagamaan lain iaitu Marhaban dan Berzanji.


Kumpulan Nurul Naim

Kumpulan Nurul Naim
62, Jalan Kedah,
Kepala Batas,
Seberang Perai Utara.
Tel : 012-589 5269

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768