Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SUMAYAU

Sumayau, atau Madsayau, adalah tarian tradisional etnik KadazanDusun suku Dusun Lotud atau Suang Lotud di Daerah Tuaran. Lazimnya, tarian ini adalah tarikan semasa menyambut Hari Magahau, iaitu upacara memuja semangat tajau (tempayan). Kebiasaannya upacara ini diadakan secara besar-besaran dan mengambil masa sehingga lima hari, yang bertujuan untuk memuja dan menghormati gusi-gusi iaitu tajau besar. Disamping itu juga untuk memperingati ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Persembahan diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang lanjut usianya dan arif dalam upacara tersebut, serta berketurunan Monolian. Sebaik muzik dimainkan para penari mula menari dan terus menuju ke gelanggang tari. 

Gerak tangan penari wanita adalah mengikut irama muzik sementara gerak kaki adalah perlahan daripada gerak tangan, yakni cuma bergerak secara berinsut-insut yang amat perlahan. Penari lelaki membunyikan loceng atau giring dalam dialek suku Lotud. Gerak tarian bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan daripada penonton. 

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Wisma Kebudayaan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci 132 88740 Kota Kinabalu, Sabah Tel.: +6088-268890

Sabah State Cultural Board

Cultural Building

Tunku Abdul Rahman Road

Locked Bag 132

88740 Kota Kinabalu, Sabah

Tel.: +6088-268890


The National Department for Culture and Arts, Sabah

Sabah JKKN Complex

Tasek Road

Km 4 Off Penampang Road

88200 Kota Kinabalu, Sabah

Tel.: +6088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768