Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SITY RAMLAH BINTI MD SOTAN @ RAFTAH BACHIK

Raftah Bachik atau nama sebenarnya Sity Ramlah binti Mohd Sotan merupakan salah seorang tokoh yang memperjuangkan irama tradisional khususnya lagu Melayu Asli dan irama keroncong di Malaysia. Beliau dilahirkan di Pelabuhan Kelang pada tanggal 18 Februari 1949 hasil perkongsian hidup Mohd Sotan bin Din dan Halimah binti Hamid. Walaupun ayahnya berasal daripada Bukit Mertajam Pulau Pinang, namun keluarganya telah bertapak di Pelabuhan Klang, Selangor sejak berpuluh tahun lalu. 

Raftah Bachik mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Raja Uda, Pelabuhan Kelang. Bermula seawal usia 11 tahun beliau telah melibatkan diri dalam bidang seni khususnya lagu- lagu Melayu Asli. Pada usia 14 tahun beliau berpeluang merakam suara di radio dan televisyen.

Figura ini pernah menganggotai lima (5) kumpulan muzik antaranya Orkes Rangkaian Seni Pelabuhan Klang (1960-1962), Kugiran D’ Fabulous Storm (1963-1969), Kombo KTM Kuala Lumpur (1975-1999), Kumpulan Badan Budaya Seri Kayangan (1980-1984) dan Gema Irama  (2000 – Sehingga kini). 

Pada tahun 1965, Raftah Bachik telah mula menyertai pertandingan Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat Daerah Pelabuhan Kelang dan mendapat Naib Johan. Rangsangan daripada pencapaian tersebut, Raftah Bachik telah menyertai Bintang Radio Asli peringkat kebangsaan pada tahun 1966 dan mendapat Johan. Mengorak langkah sebagai artis professional, Raftah Bachik telah merakamkan banyak album lagu- lagu tradisional termasuk lagu- lagu Melayu Asli.  

Mempunyai pengalaman dalam bidang seni khususnya lagu- lagu Melayu Asli dan tradisional cukup untuk melayakkan Raftah Bachik diberi pengiktirafan. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Seni Budaya Wanita Selangor pada tahun 2007 selain menerima Pingat Jasa Bakti (PJK) pada 14 Disember 2002 oleh DYMM Sultan Selangor. Pada tahun 2014, beliau telah menerima Tokoh Seni Budaya Negeri Selangor daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Beliau juga sering dijemput sebagai  juri dan fasilitator pertandingan nyanyian antaranya Mentor Pertandingan Bintang Keroncong Negeri Selangor pada tahun 2006, Fasilitor Bengkel Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor 2007, tenaga pengajar Bintang Keroncong Negeri Selangor 2005, juri Pertandingan Lagu Melayu Asli MAKSAK 2005, juri Lagu Melayu Asli Kebangsaan dan banyak lagi. Beliau juga merupakan mentor dan pakar rujur kepada perintis Kumpulan Keroncong pelajar UiTM Shah Alam melalui program Perantisan yang dilaksanakan oleh JKKN pada tahun 2014. 


Lot 5340, off Jalan Abdul Wahid Bukit Kapar 42200 Klang, Selangor.

Lot 5340, off Jalan Abdul Wahid

Bukit Kapar

42200 Klang, Selangor

Artikel Berkaitan

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768