Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BADRUL MUNIR BIN MD. ISA

Dilahirkan pada 13 November 1952, Badrul Munir Bin Md. Isa atau lebih dikenali sebagai Pak Abang merupakan individu yang tidak asing lagi dalam dunia persembahan teater di negeri Kedah.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Alor Merah dan Sekolah Menengah St. Micheal, Alor Setar sebelum meneruskan pembelajaran di dalam Diploma Pengurusan Dan Pentadbiran Institut Teknologi Mara (ITM). Selain itu, beliau juga memiliki Sijil Pengurusan Kewangan Pusat Latihan Bank Bumiputra; Sijil Pengurusan dan Pentadbiran Kursus Intensif Pegawai Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia; dan Short Course In Dramatics Society & Performing Arts Sydenhem College London.

Beliau mula terlibat dalam bidang teater sejak di bangku sekolah dan bergiat aktif selepas menamatkan pengajian di Institut Teknologi MARA (ITM) dengan menyertai kumpulan ASAS sebagai penari dan aktivis teater bersama Kumpulan Artis Utara (KAU) pada tahun 1975. Pada tahun 1981, beliau telah merupakan salah seorang yang membawa kejayaan kepada Majlis Teater Sekolah-Sekolah Kedah yang telah memenangi tempat pertama Kategori Drama dalam Siri Pertandingan Drama dan Tarian anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada 1981.  

Beliau juga pernah menjadi juri dan fasilatitor bengkel sempena Festival Teater Malaysia di peringkat negeri Kedah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan juri Festival Teater MAKUM selain pernah menjayakan pementasan bangsawan. Beliau sering diundang sebagai panel berkaitan teater seperti seminar dan forum.

Selain bidang Teater, Pak Abang juga berpengalaman dalam bidang Penyelidikan, Perundingan dan Penerbitan Rancangan TV sebagai Panel Penyelidikan Sejarah & Perundingan Skrip, Perunding Skrip – Penerbitan Drama TV & Dokumentari Unit Drama TV RTM dan Perunding Skrip Rancangan ‘Seruan Haji’ iaitu program kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), Lembaga Urusan Tabung Haji dan RTM.

Kini beliau bertugas sebagai Penerbit Eksekutif di Artsri United Sdn. Bhd (Syarikat Penerbitan Rancangan TV).


189 – Jalan Sekolah, Alor Merah 05250 Alor Setar, Kedah

189 - Jalan Sekolah, 

Alor Merah 

05250 Alor Setar, Kedah


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768