Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SAIDIN BIN ABDULLAH

Saidin bin Abdullah atau nama penanya Zaidin Abadi dilahirkan pada 20 Mei 1956 di Kampung Bikan, Mukim Bagan Sena, Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sek.Keb. Labu Besar dan pendidikan menengah di Sekolah Sultan Badlishah, Kulim, Kedah dari tahun 1963 hingga 1974 sebelum melanjutkan pelajarannya ke Institut Teknologi Mara (kini UITM) dari tahun 1975 hingga 1978 dan Universiti Teknologi Malaysia dari tahun 2001 hingga 2002.

Figura ini amat sinonim dengan karya – karya puisi, cerpen, skrip drama radio, Cerpen  skrip Drama pentas (teater), Skrip Drama radio. Beliau juga merupakan Ketua Satu dalam Persatuan Penyair Pinggiran Darul Aman pada tahun 1988 hingga 1995, Naib Yang di Pertua Angkatan Pelukis Kedah 2016 hingga 2020 dan Naib Yang diPertua Majlis Kebudayaan Negeri Kedah sesi 2019-2020.

Sepanjang pembabitan di dalam bidang penulisan, beliau pernah memenangi pelbagai anugerah di antaranya adalah Hadiah Sastera Utusan Public Bank 1988 menerusi cerpen ‘Mira Nabila’, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO Gapena 1988, Hadiah Puisi Kuala Lumpur Sempena 100 tahun (1990), Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena 1991, Hadiah Peraduan Mengarang Sempena 50 tahun UMNO (1996), Peraduan Mengarang sempena 60 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (2006), Peraduan Mengarang 50 tahun Merdeka (2007), Peraduan Mengarang Cerpen Berunsur Dakwah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka 2015 dan Peraduan Menulis Skrip Adaptasi daripada Cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2017, di peringkat kebangsaan. Manakala di peringkat negeri pernah beberapa kali memenangi Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Sempena Maulidur Rasul anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) sekitar tahun 1990an.  Pada 2018, beliau menerima Anugerah Sanjung Budi Sastera daripada Yayasan Tunku Kassim. Beliau telah  menerbitkan sebanyak 8 buah persendirian dan 29 buah buku bagi antologi Bersama


4021, Taman Bayu, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Tel: 019-4440953

4021, Taman Bayu, 

Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 

05350 Alor Setar, Kedah

Tel: 019-4440953

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768