Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SAIPOL BAHARI MOHD IMAN

Saipol Bahari Mohd Iman merupakan aktivis teater kelahiran Alor Setar, Kedah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang seni seawal umur 7 tahun dan mula berjinak di dalam bidang teater pada tahun 1998 menerusi penubuhan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Kedah (AKRAB) sehingga kini.

Sepanjang penglibatan, beliau pernah dianugerahkan sebagai pengarah terbaik festival teater negeri dan kebangsaan menerusi Festival Teater Malaysia 2012 melalui naskah Pelantaq, Johan Festival Teater Malaysia tahun 2001 dengan naskah ‘Monolog’.

Selain itu, beliau juga telah diberikan kepercayaan mengarahkan teater tradisional Mek Mulung Putera Cahaya Bulan yang pertama kalinya dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari dan 1 Mac 2015. Pada tahun 2017, beliau turut terlibat dalam Panggung Seni Tradisional: Teater Tradisional Mek Mulung Raja Naga Berapi. 

Beliau juga berbakat dalam penghasil skrip teater antaranya adalah  ‘Pelantaq’, ‘Putera Cahaya Bulan (Mek Mulung) dan Naga Berapi (Jikey).

B 84 Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah

B 84 Taman Wira Mergong, 

05350 Alor Setar, Kedah

Tel: 013-6657513


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768