Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TUAN HAJI MORAD IBRAHIM

Tuan Haji Morad Ibrahim, dilahirkan pada 30 Disember 1937 di Pekan Lama, Sungai Petani, Kedah. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu, Bakar Kapur, Sungai Petani, Kedah. Namanya begitu sinonim dengan pementasan teater tradisional dan amat di segani oleh para aktivis teater dan merupakan penggiat Teater Tradisional Bangsawan dari Kedah serta pakar rujuk teater tradisional khususnya Bangsawan di Malaysia.

Seawal usia 12 tahun, Haji Morad telah mengenali bangsawan menerusi bapa saudaranya yang bergelar Saad Bangkai yang merupakan pelakon komedi wayang United Malay Opera. Beliau mula diperkenalkan kepada pemilik wayang United Malay Opera menerusi bapa saudaranya, Haji Morad diterima berkerja sebagai penarik tirai dan tukang sapu pentas, di samping membuat beberapa dekorasi pentas. 

Pada tahun 1950, Haji Morad mula melibatkan diri dengan serius dalam bangsawan bermula dengan kumpulan Cinderella Bangsawan di bawah pimpinan Zeera Agus. Pada masa yang sama beliau juga turut berkecimpung dalam kumpulan sandiwara pimpinan M Suki dengan di bantu oleh anaknya Nurani Muti. Tuan Haji Morad Ibrahim telah menubuhkan Kumpulan bangsawan Seri Kedah bagi memastikan kelangsungan bangsawan di negara ini. Biarpun kini usianya telah menjangkau lebih 80 tahun, beliau masih gigih memperjuangkan kesinambungan pementasan bangsawan.

Sumpah dan darah di Teluk Amboi dan Bahtera Emas Lapis Suasa merupakan karya mutakhir beliau yang menemui khalayak pada tahun 2008 kemudian diikuti dengan bangsawan “Mahsuri” (2009), bangsawan “Puteri Selindungan Bulan” (2011) dan bangsawan “Tragedi Hikayat Merong Mahawangsa” (2012). Tebaru pada tahun 2013, Kumpulan Bangsawan Seri Kedah telah berjaya mementaskan bangsawan “Wan Anum” secara keliling di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pementasan bangsawan ini adalah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Bangsawan “Puteri Selindungan Bulan” (2014) dan Bangsawan “Tun Teja” (2015).

Sebagai mengenang jasa beliau yang telah memberi sumbangan terhadap bidang teater dan bangsawan serta turut mengharumkan nama Negeri Kedah Darul Aman beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Ahli Mangku Kedah (A.M.K), Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan Pingat Khidmat Lama (P.P.L), Anugerah Khas Festival Teater Malaysia 2016. 

216, Jalan Merah 3 kampung berjaya 05150 Alor Setar, kedah

216, Jalan Merah 3 

kampung berjaya 

05150 Alor Setar, kedah


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768