Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KUIH DODOL KUKUS

Sebut sahaja dodol, pastinya anda mengetahuinya. Namun di Pahang terutama di daerah Chenor,kuih Dodol Kukus ini amat terkenal dan disukai ramai. Kuih ini amat popular dan menjadi juadah ketika bersarapan pagi, minum petang dan ketika berbuka puasa kerana amat ringkas dan mudah untuk membuatnya. Bahan utama untuk membuat kuih ini adalah tepung pulut dan gula merah. Kuih ini mirip seperti dodol biasa. tetapi yang membezakan ialah cara memasaknya, Ia di masak menggunakan kukus dan tidaklah dikacau seperti dodol biasa. Apabila masak,ia akan menjadi liat seperti dodol dan rasanya juga sedap. Di atas kuih ini akan di letakkan tahi minyak bagi menambahkan lagi selera kepada pengemar kuih-kuih tradisi. Kuih ini boleh didapati di Pekan Sehari Temerloh (setiap hari Ahad) dan Pekan Sehari Chenor (setiap hari Khamis)

RESEPI
Bahan-Bahan :

100 gm tepung pulut hitam
250 gm tepung pulut putih
200 gm gula halus
Tahi minyak secukupnya
5ml minyak masak
Daun pisang / sebagai alas
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata
2. Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata
3. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi
4. Sediakan Loyang dan sapukan minyak
5. Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang
6. Kukus sehingga masak
7. Setelah masak, taburkan tahi minyak dan terus dihidang

JKKN Pahang

LOKASI


Puan Fazieliana binti Abd Halim

Kampung Bukit Kening, Sekara, Chenor, Pahang

No. Tel : 014-8031129


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768