Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

LAKSA PAHANG

   Laksa Pahang ini boleh didapati semasa majlis kenduri atau majlis sambutan di kawasan daerah Pekan atau pun Kuantan. Jenis mi atau laksa ini menggunakan tepung yang telah diuli dan kemudian dimasukkan ke dalam acuan bagi mnghasilkan  mi laksa. Ia direbus sebaik sahaja dikeluarkan dari acuan. Kuah laksa Pahang tidak sama seperti laksa Penang atau Kedah kerana agak pekat, lemak dan warna kekuningan. Bahan untuk menghasikan kuah ini adalah ikan selayang atau ikan tenggiri, santan, kerisik dan beberapa bahan lain. Sayuran yang digunakan untuk dimakan bersama laksa ini adalah daun kaduk, daun selasih, timun dan taugeh. Ia turut dunakan bersama sambal cili dan sedikit belacan.

RESEPI

Bahan-bahan diperlukan:

Untuk Mee Laksa
1.  500 gm Tepung berprotein tinggi
2.     2 sudu teh garam halus 
3.  2 sudu besar Minyak masak
4.     230 - 260 ml air panas

Untuk Kuah Laksa 

1. 1 ½ kg ikan selayang segar
2. 3 keping asam keeping
3. 700 gm santan pekat
4. 60 ml minyak untuk menumis
5. 1 liter air
6. 50 gm cili merah kering
7. 12 biji bawang merah
8. 5 ulas bawang putih
9. 2 batang serai (ambil bahagian putihnya)
10. 2 cm halia
11. 2 cm lengkuas
12. ½ sudu teh belacan
13. 1 cm kunyit
14. 1 sudu besar ketumbar
15. 25 gm serbuk kari ikan
16. 1 sudu besar gula pasir
17. 1 sudu besar garam
18. 2 sudu teh stok ayam (Contohnya : Knorr)

Untuk Ulam  
1. 10 biji kacang panjang (dihiris halus)
2.  2 biji timun (buang biji dan dipotong jadi batang)
3.     200 gm taugeh (buang akarnya)
4. Pelengkap belacan bakar

Sambal Laksa
1. 15 biji cili padi merah 
2.  5 biji cili merah 

Cara-cara Penyediaan / Langkah :

1. Untuk Mee laksa : Campurkan semua bahan untuk mee dalam satu bekas, dan tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak melekit dan gulung doh menggunakan mesin mee. Rebus mee sampai masak dan lembut, keluarkan dan dittos. Ketepikan.

2. Untuk kuah laksa : Bersihkan ikan, cuci bersih dan rebus ikan bersama asam keping. Setelah masak, keluarkan ikan dan pisahkan isi ikan dari tulangnya.

Hancurkan sebahagian isi ikan dan sebahagian lagi dikisar. Kisarkan tulang ikan yang dicampur dengan air, kemudian tapis. Ketepikan 

Rebus cili merah kering sehingga lembut, ketepikan

Tumbuk atau kisar cili merah yang sudah direbus, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, kunyit, halia, ketumbar, belacan dan serbuk kari sehingga halus dan lembut. Ketepikan 

Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan asam keping, ikan yang telah dihancurkan dan dikisar, didihan air ikan, dan santan. Masak dengan api sederhana sambil kacau berterusan supaya santan tidak pecah. Masukkan garam, gula pasir, stok ayam. Kemudian cuba rasa. Bila sudah mendidih, matikan api, ketepikan 

3. Untuk sambal : Rebus cili padi dan cili merah sehingga hancur. Ketepikan 

4. Untuk ulam sayur : Kacang panjang dihiris bulat dan kecil, ketepikan. Belah timun buangkan biji dan dihiris panjang bersaiz mancis. Bersih dan tanggalkan taugeh dari akarnya, ketepikan 

5. PENYEDIAAN :  Sediakan mee laksa dalam piring/ mangkuk, siram kuah laksa tambahkan ulam sayur, sambal dan belacan. Laksa Pahang sudah sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 

JKKN Pahang

WARUNG BAY ROUTE

Alamat : No.10, Lorong Bukit Bay Route 23, Taman Permai,

25200 Kuantan, Pahang

No. Tel : 019-951 9787


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768