Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BUSANA TARIAN CHETTY

Golongan Chetty adalah kelompok warisan budaya Melaka yang masih kekal hingga ke hari ini yang wujud hasil perkahwinan campur sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Seperti juga masyarakat Baba Nyonya, unsur-unsur budaya Melayu telah meresap masuk ke dalam budaya mereka. Pada masa kini, ramai komuniti Chetty menetap di Perkampungan Chetty, Kampung Gajah Berang, Melaka. Busana tarian masyarakat Chetty ini diambil daripada busana tradisi masyarakat mereka. Bagi busana wanita, terdiri daripada kebaya pendek (pada asalnya kebaya panjang tetapi telah mengalami perubahan) dan mempunyai lengan yang lebih kecil dibandingkan dengan kebaya Melayu. Busana ini dipadankan dengan sarung batik, kain tenun bercorak Melayu atau kain songket. Material baju adalah daripada kain kapas, linen, sutera, broket atau songket. Ia dilengkapkan lagi dengan aksesori hiasan seperti selendang dan sapu tangan. Busana lelaki pula adalah baju lengan panjang potongan kot dan belah dada, sarung pelikat, telapa (songkok) dan bimph  (kain berwarna warni yang diletakkan di bahagian kiri bahu). 

JKKN Melaka

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka

Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 

75450 MELAKA.


Telefon       :  06-233 1787 /

                       06-233 1790

Faks             :  06-233 1784

Artikel Berkaitan

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768