Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BHARATA NATYAM

Bharatanatyam adalah salah satu daripada tujuh tarian Gaya Klasik India. Selebihnya ialah Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Satu lagi gaya tarian ialah Gaya Tradisional. Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di Selatan India. Secara tradisional tarian ini dipersembahkan secara solo oleh penari wanita. Persembahan yang lengkap merangkumi enam peringkat iaitu Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen-elemen Nritta (tarian tulen) dan Nritya (tarian ekspressi). Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi ‘menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu’, dan banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu serta cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Tarian ini penuh dengan tradisi. Untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk persembahan lengkap tarian warisan lama yang dihormati dan penuh gemilang ini.


Kumpulan Natana Fine Arts

36, Tingkat Berani 2, Jalan Mohd Saad
12300 Butterworth,
Pulau Pinang.
Tel : 012-486 7747 (Encik Shangar)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768