Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ADAT POTONG ANDAM

Adat Potong Andam merupakan adat berandam bakal pengantin perempuan yang akan memasuki alam perkahwinan. Ia dilakukan oleh seorang tukang andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang melakukan upacara potong andam. Kebiasaannya adat ini dilaksanakan di rumah pengantin perempuan sebelum dia dinikahkan. Potong Andam merupakan komponen kecil dalam proses adat berandam yang terdiri daripada 3 tiga peringkat. Tiga peringkat tersebut yang pertama potong andam, mandi tolak bala dan yang ketiga bersanggul lintang.


Peringkat Pertama

Dilakukan sehari sebelum bakal  pasangan  pengantin dinikahkan. Dilakukan di rumah pengantin perempuan, di dalam bilik pengantin tanpa ada orang lain bersama selain pengantin dan mak andam sendiri. Kain sepanjang dua ela diikat di leher bakal pengantin sebelum benang putih sedepa dililit sebanyak tujuh kali juga di leher. Mak andam akan menepung tawar pengantin di kedua belah tangan pengantin dan dahi sebanyak tiga kali. Selesai sesi tepung tawar, beras basuh, beras kunyit dan beras bertih diambil masing-masing sejemput untuk ditabur pada bakal pengantin.  


Peringkat Kedua – Potong Perajan

Beberapa helai anak rambut dari atas kepala diambil dan ditarik ke muka untuk digunting 

Peringkat Ketiga – Potong Andam

Menggunting secebis hujung kain putih yang dipakai sebanyak dua keping yang beranggaran kira-kira 3-4 cm yang digunakan untuk mengikat anak-anak rambut di kanan dan kiri pelipis telinga bakal pengantin. Mengibas pengantin menggunakan kain putih sebanyak tiga kali bermula dari atas kepala hingga hujung kaki bagi mengelakkan unsur negatif dari mendekati bakal pengantin. Menjamah cebisan gula Melaka bertujuan untuk menaikkan seri ketika bersanding.

Kelengkapan seperti beras basuh, beras kunyit, beras bertih, kain putih, benang putih, gunting, gula melaka, cermin muka, kelapa duduk (kelapa tua kulit hijau), campuran air tepung beras dan serbuk kunyit, tiga jenis daun (daun seputeh, daun sambar dan daun ribu-ribu) diikat bersama.


JKKN Melaka

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka

Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 

75450 MELAKA.


Telefon       :  06-233 1787 /

                       06-233 1790

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768