Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BORIA

Permainan Boria mula dibawa masuk oleh orang India Muslim ke Tanah Melayu dan mula bertapak di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-19. Ketika itu permainan boria hanya disertai oleh masyarakat India manakala orang Melayu hanya penonton sahaja. Lama-kelamaan mereka makin bertambah minat dan diambil alih oleh orang-orang Melayu pula. Kini Boria banyak mempersembahkan lagu-lagu yang kebanyakannya dipengaruhi dengan irama twist, agogo, hindustan, pop dan sebagainya. Dari segi sketsa dan lakonan, dialog yang disampaikan penuh dengan sindiran dan kadang-kadang penonton yang hadir turut berinteraksi dengan para pelakon. Unsur-unsur jenaka dianggap sebagai faktor penting bagi setiap persembahan Boria. Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam Boria adalah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordian, harmonika dan gitar. Tukang karang akan memulakan rangkap pertama nyanyian secara solo sambil menari serta menggoyangkan tongkat yang dipegangnya, kemudian akan diikuti dengan kumpulan penari (sailor) menyahut nyanyian secara beramai-ramai. Antara peralatan yang sering digunakan adalah pelita, bendera, keris, payung, bunga manggar, tongkat dan sebagainya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Kompleks JKKN Pulau Pinang,
Kompleks Pusaka Warisan Negeri,
Lot.2180, Jalan Rawang Off Jalan P. Ramlee,
10460 Pulau Pinang.
Tel: 04-281 7791/7792

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768