Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GENDANG PANJANG

Muzik Gendang Panjang adalah sejenis muzik pergendangan yang sinonim dengan masyarakat Thai atau yang berketurunan Siam. Kesenian ini telah dibawa ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak, sejak lebih 30 tahun lalu dan terus diamalkan dalam kalangan masyarakat Siam setempat. 

Muzik ini sering dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian antaranya perarakan pengantin dan perarakan menyambut para pembesar, serta acara-acara keagamaan. 

Lagu-lagu yang dimainkan ialah Loy Khratong, Rambong, Caca dan Lagu Gendang Panjang. Dalam acara perarakan menyambut pembesar lagu-lagu Loy Khratong dan Rambong sering dimainkan, manakala pada majlis perarakan perkahwinan lagu-lagu pilihan ialah Caca dan Lagu Gendang Panjang.

 


Kumpulan Kesenian Siam (The Siamese Arts Group)

K.24, Kampung Tasek,
33100 Pengkalan Hulu.
Tel : 019-368 7860 (Prawat a/l Din Cheeron)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768