Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SEWANG

Sewang dipercayai telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu. Asalnya bukanlah tarian tetapi upacara perubatan yakni mengubat orang sakit yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli. Kini Sewang telah diadaptasi kepada persembahan tarian, biasanya dipersembahkan dalam upacara beradat Orang Asli itu sendiri dan juga dalam majlis-majlis keramaian lainnya. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Tariannya mengisahkan tentang pemujaan roh nenek moyang serta dikaitkan dengan penerokaan sesebuah kawasan yang hendak dijadikan kawasan pertanian. Tarian ini diiringi alatan muzik ‘centong’ yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini penari-penari membawa dua ikat daun kuang sebagai prop dan daun serbok serta bunga hutan sebagai hiasan. Penari-penari bergerak dalam bulatan besar sambil menyanyi yang diselang-seli dengan nyanyian penyanyi solo di tengah bulatan tersebut.



Kumpulan Sewang Pos Raya, Kumpulan Sewang Pasukan Gerakan Am (PGA), Kumpulan Sewang Pos Kemar & Kumpulan Sewang Bah Lui

Kumpulan Sewang Pos Raya

Pos Raya Simpang Pulai

Ipoh, Perak

Tel:  019-465 6457 (En. Ayob Bin Alang)

 

Kumpulan Sewang Pasukan Gerakan Am (PGA)

Pejabat Latihan Batalion 18 PGA

18 PGA Batallion Training Office

33100 Pengkalan Hulu

Perak

Tel:  013-488 1830 (Sarjan Mejar Md. Ridzuan Bin Hossein)

 

Kumpulan Sewang Pos Kemar

Kampung Bal Rps, Kemar

33000 Gerik

Perak

Tel:  019-597 6030 (En. Angah Bin Alang)

Kumpulan Sewang Bah Lui,

No.5, Kampung Orang Asli Bukit Terang,

Padang Tembak,

31900 Kampar, Perak
Tel : 05-465 2225

 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768