Dendang Siti Fatimah adalah syair yang dipercayai berasal dari Tanah Arab
dan bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Syair ini dilagukan oleh sembilan
bidadari untuk anakanda-anakanda Baginda. Nyanyian ini diteruskan oleh puteri
Baginda iaitu Saiyidatina Fatimah untuk menidurkan anakanda-anakandanya Saidina
Hassan dan Saidini Hussin. Syair ini kemudiannya dikenali sebagai Syair Siti
Fatimah.
Syair ini mengandungi seni kata yang memuji Nabi Muhammad s.a.w.,
menceritakan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung
dan melahirkan, dan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari
kecil hingga dewasa. Syair ini juga mengandungi kata-kata nasihat kepada si
anak, terutama untuk tidak melupakan jasa ibu dan bapa.
Seni kata asalnya dalam bahasa Arab. Bagaimanapun, syair-syair yang didendangkan di negeri ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan telah diubah suai mengikut suasana setempat.
Kompleks JKKN Perak,
Lot. 20561 @ 20565,
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak.
Tel : 05-253 7001