Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

REBANA PERAK

Perkataan Rebana berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ‘Rab’ bermakna ‘pukulan’ dan ‘Na’ bermakna ‘kami’. Justeru, rebana membawa maksud ‘pukulan kami’. Paluan Rebana Perak diketuai oleh seorang peningkah diikuti dengan penyelang dan penalu. Kebiasaannya ahli sesebuah kumpulan terdiri daripada 15 hingga 20 orang. Muzik ini sering dimainkan pada majlis-majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, serta acara-acara sambutan tetamu-tetamu kehormat dan juga perarakan. Terdapat beberapa jenis rentak paluan dan yang paling popular ialah Sariful Annam dan Kinchat. Lagunya dipetik daripada surah Berzanji, dan sering juga dinyanyikan dalam Bahasa Melayu mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau upacara. Keunikan muzik ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan bila dua atau lebih kumpulan rebana daripada pihak tuan rumah dan pihak mempelai berlawan memalu rebana sehinggalah salah satu pihak berhenti barulah pertembungan paluan ini tamat.


Penggiat Rebana Senandung Malam, Kumpulan Rebana Kampung Teluk & Kumpulan Rebana PPIK Seberang Perak

 

Penggiat Rebana Senandung Malam
No. 322, Jalan Jelutong,
Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3,
30200 Ipoh, Perak.
Tel : 016-531 4541 (Tuan Haji Abdul Razak)

 

 

Kumpulan Rebana Kampung Teluk

32600 Kampung Gajah, Perak

(Tuan Haji Ramli bin Mat Ali)

 

 

Kumpulan Rebana PPIK Seberang Perak,

FELCRA Seberang Perak,

32600 Kampung Gajah, Perak

Tel: 019-4494636 (En. Hisham)/ 013-4011986 (En. Nadzri)





Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768