Perkataan Marhaban
berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat
datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Marhaban adalah
dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan
keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian/berendoi, cukur jambul bayi,
majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam. Syair yang paling
popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti
Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban
dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada
baginda Rasulullah S.A.W.
Kampung Padang Changkat
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar.
(Tuan Haji Abidin Ismail)