Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BERZANJI

Berzanji disampaikan dalam bentuk lagu mengandungi doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi salasilah keturunannya, serta dari zaman baginda kanak-kanak dan remaja sehingga diangkat menjadi rasul, juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang baginda miliki.

Kesenian yang berunsur Islam ini dipersembahkan pada majlis-majlis keraian dengan niat untuk mendapatkan keberkatan. Sering diadakan dalam antaranya upacara mencukur rambut atau memotong jambul bayi, acara berkhatan, naik buaian atau berendoi, dan majlis perkahwinan.

Berzanji dialunkan oleh individu dalam kumpulan secara bergilir sambil disahuti oleh ahli kumpulan dengan kalimah ‘Allah’. Dalam persembahan ahli-ahli kumpulan biasanya duduk bersila.


Kumpulan Marhaban, Dendang Siti Fatimah, Berzanji

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Kompleks JKKN Perak,
Lot. 20561 @ 20565,
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak.
Tel : 05-253 7001

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768