Hadrah adalah salah satu kesenian yang popular di negeri-negeri utara
Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Di negeri
Perak kesenian ini dibawa oleh penggiat seni dari Kedah iaitu Tok Che Mat dan
Mat Ali pada tahun 1949 ke Selama, Perak.
Kesenian ini berasal dari Tanah Arab. Corak persembahannya di Malaysia
telah diubah suai mengikut budaya masyarakat Melayu. Hadrah sering
dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan dan berkhatan, majlis rasmi
kerajaan serta sambutan ketibaan pembesar-pembesar.
Kesenian Hadrah mengandungi elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Di Selama, Perak, persembahan bergantung kepada 12 gubahan lagu yang diiringi paluan rebana pelbagai saiz serta paluan gong. Tarian Hadrah mempunyai berbagai ragam tari bergantung kepada lagu-lagu yang dialunkan.
Kumpulan Hadrah Seri Cahaya Bulan,
D/A 268, Kampung Gua Petai,
34100 Selama, Perak.
Tel : 019-4625501 (En. Abdul Rahman Bin Mat Akib)