Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN TRADISIONAL PERAK

Tarian-tarian tradisional Perak seperti Dabus, Bubu Menari, Lenggok, Zapin Gambus, Belotah dan Sewang diberi nafas baru atau diolah menjadi tarian kontemporari tanpa meninggalkan keaslian tarian-tarian tersebut. Tarian-tarian kreasi baru seperti Tarian Cempakasari dicipta sempena Majlis Pertabalan Sultan Perak yang ke-25, sementara Tarian Labu Sayong diilhamkan daripada produk kraftangan yang popular di Perak iaitu labu sayong. Tarian Selamat Datang ke Negeri Perak pula mula dikenali melalui program promosi pelancongan Tahun Melawat Perak. Tarian Berjojak lahir melalui program Eksplorasi Tari Negeri Perak pada tahun 2011. Kesemua tarian ini sering dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi anjuran agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta, serta dalam majlis keramaian lainnya.



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak & Kumpulan Selendang Perak

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak,

Kompleks JKKN Perak

JKKN Perak Complex

30350 Ipoh

Perak

Tel:  05-253 7001

 

Kumpulan Selendang Perak

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh, Perak

Tel: 05-523 4957

 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768