Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BELOTAH

Belotah merupakan sebuah tarian rakyat negeri Perak berkaitan dengan persawahan di mana kesenian ini seringkali dipersembahkan semasa menuai padi. Padi yang telah dituai dihimpunkan di atas 'pelantar' yang mana lantainya diperbuat daripada bilah-bilah batang pinang yang diikat dengan rotan. Pelantar ini boleh memuatkan 10-15 orang dalam satu-satu masa. Mereka yang terlibat akan memijak padi dalam bentuk bulatan sambil berbalas-balas pantun dan diselangi dengan sebutan "Lotah...Lotah..hei lah..le". Terdapat dua jenis pantun Belotah iaitu Lotah Panjang da Lotah Pendek. Suasana melotah ini penuh dengan kegembiraan dan kemesraan di mana berlakunya usik mengusik terutama di antara teruna dan dara. Tidak keterlaluan jika dikatakan acara Belotah ini memberi peluang kepada anak-anak muda mencari pasangan hidup".

Kumpulan Kesenian Kampung Tanjung Bidara

Kumpulan Kesenian Kampung Tanjung Bidara
Pulau Tiga,
32600 Kampung Gajah.
Tel : 05-6311 025 (Tuan Haji Ismail Yusof)
019-476 7845 (Encik Nasarudin Sani)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768