Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN BUBU MENARI

Tarian Bubu atau Lukah Menari merupakan salah satu tarian rakyat tradisional di negeri Perak. Dikenali sebagai Tarian Bubu kerana peralatan utama yang digunakan dalam tarian ini adalah sebuah bubu atau lukah. Kesenian ini dipercayai mula dipersembahkan sejak lebih 150 tahun lalu. Terdapat pelbagai mitos tentang asal usul Tarian Bubu. Antara yang paling popular mengenai tiga orang pemuda yang pergi berbubu di sungai dan sesat di hutan dan tidak menjumpai jalan balik. Semasa mereka berehat di bawah satu pohon, mereka terlihat dan mendengar seorang perempuan sedang menyanyi di atas sepohon pokok yang berdekatan. Nyanyian perempuan itu menarik perhatian mereka bertiga dan lantas bertanya kepada perempuan itu mengenai jalan keluar. Bagi mengingati peristiwa pertemuan dengan perempuan itu mereka telah membuat sebuah bubu yang dihiasi dengan pakaian perempuan dan kepalanya diperbuat daripada tempurung kelapa yang dimekapkan dengan wajah yang menyerupai perempuan. Kemudian mereka memegang bubu tersebut sambil menyanyikan lagu seperti yang dinyanyikan oleh perempuan yang dipercayai makhluk yang ditemui di dalam hutan dahulu. Rentetan daripada perlakuan ketiga-tiga pemuda itu telah menjadi ikutan penduduk kampung. Tarian Bubu yang asal masih dipraktikkan namun tarian ini telah diberi nafas baru bersesuaian dengan suasana semasa supaya terus diterima oleh masyarakat.

Kumpulan Kesenian Kampung Tanjung Bidara

Kumpulan Kesenian Kampung Tanjung Bidara
Pulau Tiga,
32600 Kampung Gajah.
Tel : 05-6311 025 (Tuan Haji Ismail Yusof)
019-476 7845 (Encik Nasarudin Sani)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768