Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

DABUS

Asalnya Dabus bukanlah tarian tetapi sejenis seni mempertahankan diri. Konsep Dabus ialah kepahlawanan. Justeru, tarian Dabus menuntut kecerdasan, ketangkasan, keperwiraan dan keceriaan ketika menarikannya. Dabus adalah salah satu tarian tradisional di Perak yang mampu bertahan sejak lebih 300 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian, tarian serta keberanian, dan biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian. Terdapat tiga ragam tari dalam Dabus Bagan Datoh iaitu Hayun Tajak, Helang Sewah dan Susun Sireh. Helang Sewah dan Hayun Tajak ditarikan oleh penari lelaki manakala Susun Sireh oleh penari perempuan. Ragam-ragam tari ini diiringi oleh paluan rebana dabus dan lagu atau nasyid dabus. Uniknya tarian-tarian ini menggunakan sepasang alat tajam dinamakan ‘anak dabus’. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini penari-penari mencucuk anak dabus ke lengan mereka hingga berdarah. Kemudian seorang khalifah berperanan menawar bisa akibat tusukan anak dabus dengan menjampi, membasuh dan menepuk luka tersebut dengan air penawar bisa.


Kumpulan Kesenian Dabus Kampung Tanjung Bidara & Kumpulan Intan Terpilih

Kumpulan Tradisional Dabus Kg. Tanjung Bidara  

Kg. Tanjung Bidara Pulau Tiga,

36800 Kampung Gajah, Perak.

(En. Mat Rosnan bin Hashim)

 

Kumpulan Intan Terpilih

Perumahan Awam 2,

36200 Bagan Datoh, Perak.

Tel: 017 – 566 7079 (En. Zulkepli Nordin)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768