Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ZAPIN PADANG CHANGKAT

Tarian Zapin Padang Changkat ini dikatakan dibawa ke Tanah Melayu melalui pedagang dan mubaligh dari Tanah Arab. Pada awal kemunculannya, tarian ini ditarikan oleh penari lelaki sahaja. Namun sejajar dengan perubahan masa, kini tarian ini turut ditarikan oleh penari-penari perempuan. Persembahan tarian ini diiringi dengan petikan gambus dan nyanyian. Tarian Zapin Padang Changkat dipercayai telah dikenali di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak sejak lebih 50 tahun yang lalu. Kesenian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan acara-acara lainnya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Kompleks JKKN Perak,
Lot. 20561 @ 20565,
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak.
Tel : 05-253 7001

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768