ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU) Bantuan elaun pekerja orang kurang upaya (EPOKU) 2023 adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
DEFINISI PEKERJA ORANG KURANG UAPAYA
Definisi pekerja orang kurang secara umum adalah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat, tetapi masih mampu dan berminat untuk bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka.
Pekerja orang kurang upaya mempunyai hak dan peluang yang sama dengan pekerja lain untuk mendapat pekerjaan yang adil, bermaruah dan berkualiti.
Pekerja orang kurang upaya juga memerlukan sokongan dan kemudahan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan baik.
PENYATA DASAR OKU
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
TUJUAN ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah bertujuan untuk:
Menggalakkan OKUMenggalakkan golongan OKU terus bekerja.
Mampu hidup berdikari.
Menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KADAR ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
Kadar bayaran yang bakal diterima oleh pemohon EPOKU yang layak adalah : RM450 sebulan seorang.
SYARAT KELAYAKKAN UNTUK MEMOHON EPOKU
Untuk memohon bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
TEMPOH MASA PERMOHONAN EPOKU
Tempoh masa permohonan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah bergantung kepada proses semakan dan kelulusan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Permohonan EPOKU akan diproses dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan diterima.
Sekiranya permohonan diluluskan, bayaran EPOKU akan dibuat pada bulan berikutnya.
Namun, tempoh masa ini mungkin berubah-ubah mengikut keadaan dan faktor-faktor lain seperti jumlah permohonan, ketersediaan sumber kewangan, keadaan semasa dan sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada); dan
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan; atau
Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
Nota : Semua borang-borang di atas boleh dimuat turun melalui portal rasmi Jabatan Kemajikan Masyarakat (JKM) di [www.jkm.gov.my].
CARA MEMBUAT PERMOHONAN EOPKU SECARA ONLINE
Untuk membuat permohonan EPOKU secara online, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Anda perlu melayari portal web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di [https://www.jkm.gov.m] dan klik pada “Daftar Permohonan Atas Talian”.
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada “Teruskan”.
Isi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nama, alamat, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan, status OKU dan lain-lain.
Lampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, kad OKU, slip gaji, penyata bank dan lain-lain.
Semak dan sahkan maklumat yang anda masukkan dan klik pada “Hantar Permohonan”.
Anda akan menerima nombor rujukan permohonan anda yang boleh digunakan untuk menyemak status permohonan anda di masa hadapan.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI ELAUN PEKERJA KURANG UPAYA (EPOKU)
Anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui nombor-nombor berikut untuk mendapatkan bantuan atau maklumat mengenai bantuan elaun pekerja orang kurang upaya (EPOKU):
03-8000 8000 (Talian Am)
03-2693 9933 (Ibu Pejabat JKM)
03-7985 7777 atau 03-7985 7888 (Pusat Khidmat Pelanggan ePerolehan)
Anda juga boleh menghantar emel kepada JKM di alamat berikut:[email protected]
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Sumbangan asas rahmah 2024 sara merupakan inisiatif dari kesinambungan SARA yang diberikan kepada 200 ribu penerima STR dengan mengkreditkan RM100 ringgit ke dalam myKad mereka setiap bulan selama enam bulan sebelum ini. Dengan adanya SARA, mereka yang dapat boleh membeli barangan asas rumah di kedai yang terpilih dengan menggunakan MYkad sahaja. Mengambilkira maklum balas yang […]
Seperti yang dihebahkan sebelum ini, penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan tidak berpencen bakal mendapat insentif pada tahun 2024. Menurut ucapan yang dibentangkan pada 13 oktober 2023. Bayaran tersebut akan mula dibayar seperti berikut. Bayaran ini akan disalurkan secara serentak menjelang penghujung Februari 2024, dengan tujuan untuk membantu meringankan […]
Boleh dikatakan ini bonus pesara untuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pada 2024 nanti, dalam masa kerajaan sedang mengkaji semula skim gaji dan elaun tetap untuk penjawat awam. Bayaran Insentif sebanyak 1,000 ringgit turut diperluaskan untuk diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk veteran yang bersara dan veteran yang tidak mempunyai pencen. Jumlah Insentif Yang […]