Contact Us

Pemetaan Budaya

EN BM

BADARZAMAN BIN JUSOH @ HARUN

Badarzaman bin [email protected] atau dikenali juga dengan panggilan Cikgu Bard terlibat dalam bidang seni tari sejak tahun 1979 lagi. Beliau merupakan salah seorang koreografer di Briged Budaya Majlis Bandaraya Kuantan semenjak tahun 1994. 

Sering dilantik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang (JKKN Pahang) sebagai tenaga pengajar/jurulatih untuk kursus-kursus berkaitan seni tari dan juga sebagai hakim/juri pertandingan-pertandingan tarian peringkat negeri dan kebangsaan dari tahun 1993 hingga kini. Sekarang bertugas sebagai Penyelaras Unit Kebudayaan Majlis Perbandaran Kuantan. 

Mesra dipanggil Cikgu Bard, beliau bersama-sama kumpulan Briged Budaya pernah mewakili negeri Pahang dan Malaysia melalui Program Pertukaran Budaya dan Promosi Malaysia di Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Viet Nam, Taiwan, China, Jepun, Mauritius, Afrika Selatan dan United Kingdom. 

Beliau bergiat aktif dalam memperkembangkan kesenian gamelan sejak mula dilantik sebagai jurulatih Kumpulan Budaya Yayasan Pahang pada tahun 1992.  Aktiviti ini diteruskan apabila beliau dilantik sebagai jurulatih Briged Budaya Majlis Bandaraya Kuantan semenjak tahun 1994 sehingga kini. 

Antara kejayaan yang telah dicapai:

1999 -  Persembahan Harapan di Festival Tari Kebangsaan (FTK) di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

1999 - Juri Negeri-negeri Festival Tari Kebangsaan (FTK) di Kuala Lumpur.

2002 The Best Performance di Asia Spirit, Osaka, Jepun

2003 -  Pengarah Teater Muzikal "Tawa 2" adaptasi daripada filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee anjuran bersama Kerajaan negeri Pahang & JKKN Pahang. 

2005 -  The Best Performance Muscat Festival di Oman. 

2019 - 2020 - Pakar rujuk dan tenaga pengajar Kumpulan Perantisan Gamelan Pahang kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang (JKKN Pahang).

BADARZAMAN BIN JUSOH @ HARUN

No. 130, Lorong I/S 17, 

Perkampungan Indera Sempurna, Jalan Kuantan - Pekan,

25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Telefon : 016  931  5103

E-mel: [email protected]

Disclaimer:

The Government of Malaysia and National Department for Culture and Arts shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Copyright © 2021 National Department For Culture And Arts. Best viewed using IE 8.0 or later & Firefox 3.0 or later with minimum resolution of 1024 x 768