Contact Us

Pemetaan Budaya

EN BM

TUAN HAJI SALEHUDDIN BIN YAACOB

Tuan Haji Salehuddin bin Yaacob berumur 81 tahun dan berasal dari Chenor, Pahang ini telah bergiat dalam bidang seni silat semenjak tahun 1959 lagi. Beliau merupakan waris keturunan Datuk Bahaman daripada sebelah ibu. Beliau juga merupakan pewaris mutlak dan pelopor Silat Tari Lenggang Mak Janda yang terkenal bukan saja di negeri Pahang malah di seluruh Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar Seni Silat Terlak Cekak yang dianjurkan di peringkat negeri Pahang. Beliau berpengalaman dalam permainan tradisional Hencang Buah Keras sejak dari usia remaja dan sering menyertai permainan Hencang Buah Keras di Chenor. Beliau sering diundang bagi memperagakan seni silat Tari Lenggang Mak Janda buat generasi masa kini. Antara persembahan yang telah diperagakan adalah :-


1993 & 1995 - Persembahan silat sempena Kejohanan Silat Peringkat Kebangsaan di Pusat Seni Negara, Kuala Lumpur & di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

1996 - Tempat Ke-3 Pertandingan Tarian/Seni Silat Lenggang Mak Janda Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) di Negeri Sembilan. 

2016, 2017 & 2018 - Persembahan membuka gelanggang di Pertandingan Silat sempena Pesta Air Chenor, Pahang.

2017 - Tenaga pengajar kepada 53 orang pesilat sempena Kursus Seni Tari Lenggang Mak Janda anjuran Persatuan Silat Negeri Pahang (PESAKA) di Kompleks Dagangan Kuantan, Pahang 

2017 - Mewakili PESAKA dan negeri Pahang di Festival Pencak Silat Antarabangsa di Sporthel Herteheym, Roermond, Belanda  

TUAN HAJI SALEHUDDIN BIN YAACOB

Kampung Kandis, 

18000 Chenor, 

Temerloh,

PAHANG DARUL MAKMUR

No. Tel : 019-954 4043

Disclaimer:

The Government of Malaysia and National Department for Culture and Arts shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Copyright © 2021 National Department For Culture And Arts. Best viewed using IE 8.0 or later & Firefox 3.0 or later with minimum resolution of 1024 x 768