Contact Us

Pemetaan Budaya

EN BM

MAT JUNIT BIN MAT NOH

Mat Junit bin Mat Noh lahir pada tahun 1960 di Kampung Pulau Rumput, Pekan. Beliau merupakan penari asal Tarian Labi-Labi di kampung tersebut.  Beliau mempelajari tarian ini pada tahun 1969 dengan Allahyarham Encik Iderus bin Ginuh yang tinggal berhampiran rumahnya. Sejak tahun 1972 hingga tahun 1985, Mat Junit ditugaskan untuk membawa watak anak labi-labi semasa persembahan Tarian Labi-Labi dan watak ini berterusan dalam semua persembahan yang disertai beliau di seluruh Pahang.  

Persembahan kumpulan Tarian Labi-Labi di kampung ini terhenti sekitar tahun 1985. Namun atas inisiatif Mat Junit bin Mat Noh bersama-sama rakannya yang lain, Tarian Labi-Labi telah kembali bernafas semula pada tahun 2018 di Kampung Pulau Rumput, Pekan. Bagi memastikan kesinambungan aktiviti tarian ini, beberapa inisiatif telah dijalankan. Antaranya beliau telah memperkenalkan dan mengajar Tarian Labi-Labi tersebut kepada pelajar sekolah.  Hasilnya murid-murid di Sekolah Kebangsaan Serambi, Kampung Pulau Rumput, Pekan telah mendapat bimbingan daripada kumpulan Tarian Labi-Labi yang diselia oleh beliau.  Sehingga kini masyarakat Kampung Pulau Rumput, kembali aktif meneruskan tarian tradisi rakyat negeri Pahang ini. 

MAT JUNIT BIN MAT NOH

No.44, Perumahan Komuniti Bersepadu PPRT Padang Rumbia, 

Pekan Pahang.

Tel : 013-9095758

Disclaimer:

The Government of Malaysia and National Department for Culture and Arts shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Copyright © 2021 National Department For Culture And Arts. Best viewed using IE 8.0 or later & Firefox 3.0 or later with minimum resolution of 1024 x 768