Contact Us

Pemetaan Budaya

EN BM

Wangkang Festival

Wang bermaksud raja dan kang bermaksud tongkang atau kapal yang digabungkan menjadi `kapal raja' sekali gus Wangkang mempunyai hubung kait antara manusia dan laut. Perayaan yang disambut hanya berdasarkan tilikan dan juga instinct ketua agama penganut kaum Hokkien dan dilaksanakan bagi menggelakkan sesuatu bencana besar yang dijangka akan berlaku pada suatu masa. Wangkang diterjemahkan dalam bentuk sebuah kapal atau tongkang dan seterusnya melaksanakan upacara atau ritual sambutan melalui satu perarakan yang berwarna-warni.


Wangkang sebenarnya mempunyai jejak sejarah di zaman Melaka sebagai empayar agung di Selat Melaka. Perayaan ini dibawa ke Tanah Melayu pada Ketika itu sekitar tahun 1644 hingga 1911.  Dalam kalangan masyarakat Hokkien dan Baba Nyonya, ia adalah warisan kebudayaan yang memiliki elemen membina budaya positif untuk kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian sejagat.


Sambutan perayaan Wangkang di kalangan masyarakat Tionghua dan Babah Nyonyah di Melaka menambah satu lagi adat resam warisan dalam mewarnai seni dan budaya tempatan yang sedia ada khususnya di Negeri Melaka. Perayaan ini lebih mirip kepada unsur-unsur keagamaan. 


Perayaan ini telah bermula disambut pada tahun 1845 di Melaka yang bertujuan untuk memanggil roh jahat supaya berkhidmat untuk Dewa Ong Yah supaya mereka dapat membuatkan kebaikan dan dilahirkan semula untuk keselamatan negara. Seterusnya masyarakat negeri Melaka khususnya dapat hidup sejahtera dan harmoni. 


Wangkang disambut tidak seperti perayaan lain yang mempunyai tarikh khusus setiap tahun seperti Tahun Baru Cina. Sebaliknya Wangkang disambut setiap 5-14 tahun mengikut calendar masyarakat Cina. Tahun terakhir perayaan ini dilaksanakan adalah pada tahun 1933 setelah itu disambung semula pada tahun 2001 setelah hampir 68 tidak disambut dan kemudian pada 8 Februari 2021. Perayaan ini meliputi beberapa peringkat iaitu bermula dengan pembinaan dan penyembahan tokong suci, perarakan gergasi dan ritual Tao yang disokong oleh ritual shaman tempatan Perarakan ini bermula daripada Tokong Cheng Wah Keong dan mengelilingi bandar Melaka. 


Wangkang menerima pengiktirafan Warisan Budaya Tidak Ketara pada 17 Disember 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Tempat Pelaksanaan : Tokong Cheng Wah Keong, Melaka hingga ke Pantai Melaka

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 & 34, Menara TH Perdana,

Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2614 8200

Emel: [email protected]

Related Articles

Disclaimer:

The Government of Malaysia and National Department for Culture and Arts shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Copyright © 2022 National Department For Culture And Arts. Best viewed using IE 8.0 or later & Firefox 3.0 or later with minimum resolution of 1024 x 768