Contact Us

Pemetaan Budaya

EN BM

Harvest Festival

Pesta Kaamatan merupakan pesta tradisi sejak turun temurun bagi sukuk aum Kadazan-Dusun Sabah bagi menghormati "Bambazon" iaitu menghormati "Semangat Pagi". Pesta ini juga merupakan salah satu pesta paling popular dikalangan penduduk negeri Sabah. Pesta Kaamatan diadakan setiap tahun dan disambut selama sebulan iaitu sepanjang bulan Mei dan kemuncak sambutan pest aini adalah pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.


Terdapat pelbagai acara yang diadakan sempena Pesta Kaamatan iaitu seperti pertandingan tarian Sumazau, pertandingan nyanyian uang disebut sebagai "Sugandoi", sukan rakyat, pertandingan Unduk Ngadau dan banyak lagi.


Selain daripada pertandingan-pertandingan diatas terdapat juga acara lain seperti pameran kesenian dan kraftangan Sabah. Pameran ini menonjolkan beberapa kraftangan hasil tangan daripada penduduk Sabah yang sudah pasti dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.


Ketika sambutan Pesta Kaamatan di sambut, terdapat juga pelbagai hidangan tradisi yang bukan sahaja daripada sukuk aum Kadazan-Dusun malah terdapat juga hidangan dari sukuk aum yang lain.


Kini Pesta Kaamatan bukan sahaja disambut oleh sukuk aum Kadazan Dusun, namun ianya turut disambut oleh etnik-etnik di negeri Sabah tidak kira sukuk aum dan bangsa. Ini sekaligus menjdaikan Tarikh kemuncak pest aini iaitu pada 30 dan 31 Mei merupakan hari cuti umum bagi negeri Sabah.


Tempat Pelaksanaan : Hongkod Koisaan KDCA Penampang, Sabah. Nota: Program turut dilaksanakan di peringkat daerah dan kampung. 


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 & 34, Menara TH Perdana,

Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2614 8200

E-mel: [email protected]

Disclaimer:

The Government of Malaysia and National Department for Culture and Arts shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Copyright © 2022 National Department For Culture And Arts. Best viewed using IE 8.0 or later & Firefox 3.0 or later with minimum resolution of 1024 x 768