Pesta Regatta Lepa telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan diadakan setiap tahun dalam bulan April. Pada mulanya ia hanya disambut diperingkat daerah Semporna dan seterusnya ke peringkat negeri sahaja. Namun pada tahun 2003, pesta ini telah dimasukkan ke dalam kalender ‘Pesta Air Malaysia’ dan seterusnya menjadi salah satu acara tahunan negara Malaysia.
Pesta Regatta Lepa adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi kesenian dan kebudayaan adat sukuk aum Bajau di Sabah terutama sekali di daerah Semporna. Kebanyakan masyarakat Bajau akan berada di pest aini untuk sama-sama menyambut dan mengikuti acara yang diadakan terutama sekali pertandingan untuk gelara ‘Lepa Tercantik’.
Sambutan Pesta Regatta biasanya dijalankan selama 2 hari sehingga 3 hari dengan menghias cantik lepa menggunakan renda, paying dan sambulayang yang berwarna-warni. Ketika pertandingan untuk pemilihan ‘Lepa Tercantik’ semua lepa akan bergerak dengan perlahan dihadapan pentas untuk dinilai oleh para juri.
Selain pertandingan lepa tercantik, terdapat juga beberapa acara lain yang dijalankan iaitu seperti lumba kelle-kelle, Tarik tali lepa, lumba renan dan pertandingan menangkap itik. Pesta Regatta Lepa ini biasanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Acara Laut dan Acara Pentas Budaya dan Pameran.
Tempat pelaksaan: Semporna, Sabah
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 & 34, Menara TH Perdana,
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2614 8200
Emel: [email protected]