➭ Ditulis Oleh : 
admin
➭ Kategori :

Inisiatif Kerajaan Pakej Internet untuk B40 ,Veteran , dan OKU - Rujuk Sini

Dikeluarkan Pada : 
February 8, 2023

Bagi mengurangkan beban golongan kumpulan B40, warga emas, dan orang kelainan upaya (OKU) yang terhimpit akibat kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan memperkenalkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap.

Internet Bulanan Murah

Pakej internet yang akan bermula Mac ini bakal ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Pengguna akan menikmati data tanpa had dengan kelajuan 30Mbps pada harga RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Pakej jalur lebar itu dilaksana dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang ditawarkan kerajaan adalah 22 peratus lebih rendah berbanding harga semasa iaitu sekitar RM89 dengan spesifikasi yang sama.

Fahmi berkata inisiatif itu seiring dengan hasrat Kerajaan Perpaduan yang sering cakna terhadap keperluan dan kebajikan rakyat, terutamanya kepada golongan memerlukan.

Jadi, kepada tiga golongan sasar itu, nantikan Mac ini bagi pengumuman kaedah untuk menikmati pakej internet pada harga lebih murah dan berpatutan.


March 4, 2023
[TERKINI] Jumlah Dividen KWSP 2022 Untuk Pencarum

Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more

Read More
March 2, 2023
[RASMI] KEMASKINI & Pendafataran Baru STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more

Read More
February 27, 2023
[TERKINI] Senarai Bantuan Tentang KWSP Dalam Bajet 2023 - Baca Sini!!

Kerajaan Perpaduan menunaikan janjinya apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain ... Read more

Read More
™Trademark ©Copyright 2023 All rights reserved
Privacy Policy | Terms & Conditions | Cookies ConsentContact Us
Disclaimer: Legal information is not legal advice, read the disclaimer.