Belanjawan 2024 adalah bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023, jam 4.00 petang. Berdasarkan belanjawan yang lalu, belanjawan 2024 berkemungkinan akan menyasarkan dasar utama yang lebih kepada membatu rakyat dan memperkasakan ekonomi.
Jangkaan Fokus Belanjawan 2024
Belanjawan 2024 fokus yang boleh kami "Jangkakan" berkemungkinan akan menumpukan kepada beberapa fokus utama, antaranya seperti:
Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Industri keselamatan makanan yang akan mengeluarkan hasil makanan yang cukup kepada rakyat tanpa bergantung kepada import.
Subsidi bagi makanan asas dan petrol.
Pengangkutan awam yang lebih efisien dan selesa.
Pendidikan berkualiti yang merangkumi semua peringkat.
Bantuan tunai langsung dan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
Rumah mampu milik yang sepadan dengan kemampuan rakyat.
Pemerkasaan komuniti melalui pelbagai program pembangunan.
Pembiayaan perniagaan yang mudah dan berdaya saing.
Dijangka juga belanjawan 2024 juga akan merangka pelbagai inisiatif bagi menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Anda boleh menonton siaran langsung LIVE pembentangan Belanjawan 2024 RTM KLIK.
Intipati Ringkas Belanjawan 2024
Kami akan kemaskini intipati belanjawan 2024 secara ringkas disini apabila pebentangan bajet ini telah belangsung nanti.
Kemaskini terkini.....
Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak RM62.2 bilion berbanding PNK
Kadar pengangguran dijangka kembali kepada tahap sebelum wabak pada 3.4 peratus pada tahun 2024.
Terdapat pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus dalam permintaan domestik pada tahun 2024.
Eksport kasar dijangka meningkat sebanyak 5.1 peratus, sementara import kasar dijangka berkembang sebanyak 4.9 peratus pada tahun 2024.
Kerajaan Perpaduan memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion bagi belanjawan 2024
Perbelanjaan bagi Kementerian Kewangan, Pendidikan, dan Kesihatan secara keseluruhan membentuk 42.3 peratus daripada jumlah peruntukan.
Pendapatan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2024 dijangka akan mengalami peningkatan sebanyak 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion, yang dipacu oleh peningkatan kutipan cukai.
Cukai pendapatan petroleum dijangka akan mencapai jumlah sebanyak RM21.7 bilion disebabkan oleh kestabilan purata harga minyak mentah pada paras US$85 setong.
Harga MSM dijangka berada dalam julat antara RM4,000 hingga RM4,500 bagi setiap metrik tan pada tahun 2024.
Untuk dapatkan kemaskini secara terus berkaitan info belanjawan 2024 dan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Sumbangan asas rahmah 2024 sara merupakan inisiatif dari kesinambungan SARA yang diberikan kepada 200 ribu penerima STR dengan mengkreditkan RM100 ringgit ke dalam myKad mereka setiap bulan selama enam bulan sebelum ini. Dengan adanya SARA, mereka yang dapat boleh membeli barangan asas rumah di kedai yang terpilih dengan menggunakan MYkad sahaja. Mengambilkira maklum balas yang […]
Seperti yang dihebahkan sebelum ini, penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan tidak berpencen bakal mendapat insentif pada tahun 2024. Menurut ucapan yang dibentangkan pada 13 oktober 2023. Bayaran tersebut akan mula dibayar seperti berikut. Bayaran ini akan disalurkan secara serentak menjelang penghujung Februari 2024, dengan tujuan untuk membantu meringankan […]
Boleh dikatakan ini bonus pesara untuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pada 2024 nanti, dalam masa kerajaan sedang mengkaji semula skim gaji dan elaun tetap untuk penjawat awam. Bayaran Insentif sebanyak 1,000 ringgit turut diperluaskan untuk diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk veteran yang bersara dan veteran yang tidak mempunyai pencen. Jumlah Insentif Yang […]