Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan nama bayaran bantuan rakyat yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini.
Peka dengan keperluan semasa, Anwar bersetuju untuk mengagihkan STR Fasa 1 lebih awal daripada jangkaan iaitu pada Januari berbanding bulan sepatutnya, Mac hadapan.
STR Fasa 1 telah mula diberikan secara berperingkat bermula 17 Januari lalu. Kaedah pembayarannya dikreditkan terus ke akaun penerima atau secara tebus tunai di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
STR Fasa 2 Ada Ke?
Difahamkan, kerajaan akan meneruskan bayaran bantuan rakyat STR Fasa 2 yang akan diumumkan di Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini. Namun jumlahnya masih belum diketahui. Permohonan baharu / pengemaskinian maklumat STR 2023 juga masih belum dibuka dan tertakluk kepada pengumuman Bajet 2023 jumaat ini. Sebarang pemakluman berkaitan akan dibuat secara rasmi oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Siapa penerima STR Fasa 1?
Setakat ini, penerima STR Fasa 1 adalah terdiri daripada dua golongan iaitu B40 dan M40. Kategori kelayakan adalah bujang, isi rumah, serta warga emas.
Isi rumah menerima sumbangan RM300, warga emas RM100, manakala rakyat yang bujang pula menerima RM100.
Apakah syarat penerima STR Fasa 1?
Semakan status pembayaran dan maklumat terkini mengenai STR telah dibuka kepada awam sejak 17 Januari lalu di laman sesawang berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more