➭ Ditulis Oleh : 
admin
➭ Kategori :

[Makluman] KWSP Pengeluaran Beli Rumah - Baca Sini!!

Dikeluarkan Pada : 
February 5, 2023

Anda yang mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh menggunakannya bagi membeli kediaman idaman masing-masing.

kwsp pengeluaran beli rumah

Ramai yang tidak tahu, simpanan di Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan bagi tujuan membiayai yuran pendidikan dan juga hartanah dengan syarat dan kriteria tertentu.

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Warganegara Malaysia
  • Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP
  • Bukan warganegara Malaysia, tetapi sudah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998
  • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP
  • Mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
  • Membeli hartanah untuk dijadikan sebagai kediaman sahaja.
  • Selepas tandatangan SPA, permohonan perlu dibuat iaitu tempoh tiga tahun sahaja.
  • Pernah mengeluarkan caruman perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli secara caruman sudah dijual atau dilupuskan.
  • Pinjaman telah pun diluluskan oleh pembiayaan yang diiktiraf atau pembiayaan sendiri.
  • Membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli dengan pihak dibenarkan oleh KWSP.

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya:

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP Bagi Pembelian Rumah

  1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ /‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  2. Pembiayaan pembelian rumah melalui:
  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP
  1. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
  2. Ahli tidak pernah membuat pengeluaran perumahan; atau ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
  3. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
  4. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah
    hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Proses Pengeluaran

• Borang pengeluaran KWSP 2022 [Borang KWSP 9C(AHL)(D5)].

• Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter/permohonan melalui pos.

• Salinan original SPA.

• Salinan pengenalan (myKad atau passport).

• Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.

• Info akaun bank, bentuk buku simpanan atau penyata bank.

• Bukti perhubungan jika pembelian rumah dibuat secara ‘join loan’, perlu sertakan sekali surat penerangan bukti hubungan melibatkan pasangan atau ahli keluarga terdekat.

Cara Membuat Permohonan

Proses permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) atau secara bersemuka di pejabat KWSP.

Bagi pembelian secara atas talian, ia boleh dibuat melalui i-Akaun KWSP.

  • Cara-caranya adalah pergi ke bahagian ‘Withdrawal’ dan tekan pada butang ‘New Application’ untuk memulakan proses permohonan.
  • Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dengan syarat semua dokumen lengkap telah pun dikemukakan.
  • Semakan permohonan boleh dibuat serta dilihat dalam transaksi ditunjukkan di dalam i-Akaun KWSP.
  • Untuk makluman lanjut, layari laman web rasmi KWSP.

March 4, 2023
[TERKINI] Jumlah Dividen KWSP 2022 Untuk Pencarum

Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more

Read More
March 2, 2023
[RASMI] KEMASKINI & Pendafataran Baru STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more

Read More
February 27, 2023
[TERKINI] Senarai Bantuan Tentang KWSP Dalam Bajet 2023 - Baca Sini!!

Kerajaan Perpaduan menunaikan janjinya apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain ... Read more

Read More
™Trademark ©Copyright 2023 All rights reserved
Privacy Policy | Terms & Conditions | Cookies ConsentContact Us
Disclaimer: Legal information is not legal advice, read the disclaimer.